Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom

Maksud KDNK & GDP: Angka Ini Tentukan Ekonomi Negara?

Summary:

Apa maksud KDNK dan maksud GDP? Fahami bagaimana ia dikira dan kenapa satu angka ini boleh mempengaruhi ekonomi, pasaran saham dan mata wang.

Maksud KDNK & GDP: Angka Ini Tentukan Ekonomi Negara?

Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa satu angka KDNK boleh buat pasaran saham naik, mata wang bergerak, dan dasar kerajaan berubah? Setiap kali ekonomi Malaysia disebut “berkembang” atau “perlahan”, KDNK ialah penunjuk utama di sebaliknya.

Namun bagi ramai orang, KDNK masih kelihatan seperti angka teknikal yang sukar difahami. Hakikatnya, memahami maksud KDNK membantu kita membaca keadaan ekonomi dengan lebih jelas daripada peluang pekerjaan, kuasa beli rakyat, sehinggalah arah pasaran kewangan dan pelaburan.

Apa Itu KDNK dan Maksud GDP Dalam Ekonomi?

Maksud KDNK ialah nilai keseluruhan barangan dan perkhidmatan akhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara dalam tempoh tertentu, biasanya setahun. Dalam bahasa inggeris, KDNK pula dipanggil GDP, atau maksudnya Gross Domestic Product.

Secara ringkasnya, maksud KDNK ialah ukuran saiz ekonomi sesebuah negara. Ia menunjukkan berapa besar aktiviti ekonomi yang berlaku dalam tempoh tertentu.

Apabila kita sebut GDP, ia merujuk kepada:

  • Jumlah pengeluaran kilang
  • Perkhidmatan seperti perbankan, pendidikan dan kesihatan
  • Perbelanjaan pengguna dan kerajaan

Semakin tinggi nilai KDNK, semakin besar skala ekonomi negara tersebut.

Apa Itu KDNK - Keluaran Dalam Negeri Kasar

Bagaimana KDNK Dikira?

Untuk memahami maksud KDNK dengan lebih jelas, kita perlu tahu bagaimana KDNK (GDP) dikira berdasarkan aktiviti ekonomi sebenar. Secara asasnya, pengiraan KDNK dibuat dengan menjumlahkan empat komponen utama perbelanjaan dalam ekonomi.

1. Perbelanjaan Pengguna

Perbelanjaan pengguna merangkumi semua pembelian barangan dan perkhidmatan oleh isi rumah, seperti makanan, pakaian, pengangkutan, pendidikan dan kesihatan. Komponen ini biasanya menyumbang bahagian terbesar kepada KDNK, kerana ekonomi bergerak apabila pengguna berbelanja.

Apabila perbelanjaan pengguna meningkat, KDNK negara juga cenderung berkembang selari dengan peningkatan permintaan domestik.

2. Pelaburan

Pelaburan merujuk kepada perbelanjaan oleh syarikat dan sektor perniagaan untuk tujuan pengembangan, seperti pembelian mesin, pembinaan kilang, pembangunan teknologi dan inventori. Pelaburan mencerminkan keyakinan perniagaan terhadap prospek ekonomi.

Pelaburan dalam KDNK bukan sahaja datang daripada syarikat tempatan, tetapi juga melalui FDI, iaitu pelaburan langsung asing yang mencerminkan keyakinan pelabur luar terhadap ekonomi negara.

Tahap pelaburan yang tinggi biasanya menyokong pertumbuhan KDNK dalam jangka sederhana dan panjang.

3. Perbelanjaan Kerajaan

Perbelanjaan kerajaan meliputi projek infrastruktur, gaji penjawat awam, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan keselamatan. Dalam situasi ekonomi perlahan, perbelanjaan kerajaan sering digunakan sebagai alat rangsangan.

Peningkatan perbelanjaan awam boleh membantu mengekalkan pertumbuhan KDNK walaupun sektor swasta menghadapi tekanan.

4. Eksport Bersih

Eksport bersih ialah perbezaan antara nilai eksport dan import. Jika eksport melebihi import, lebihan ini menyumbang secara positif kepada KDNK. Sebaliknya, import yang lebih tinggi akan mengurangkan sumbangan kepada KDNK.

Bagi negara berorientasikan perdagangan seperti Malaysia, prestasi eksport memainkan peranan penting dalam menentukan tahap KDNK.

Kesemua komponen ini digabungkan untuk menghasilkan satu angka yang mewakili saiz dan prestasi ekonomi sesebuah negara dan nilah yang dimaksudkan dengan maksud KDNK.

Contoh Mudah Untuk Faham Maksud KDNK

Bayangkan sebuah negara kecil:

  • Rakyat beli barangan bernilai RM100 bilion
  • Syarikat melabur RM50 bilion
  • Kerajaan berbelanja RM30 bilion
  • Eksport bersih RM20 bilion

Jumlah keseluruhan ialah RM200 bilion, inilah nilai KDNK negara tersebut.

Contoh ini membantu pembaca memahami maksud GDP sebagai ukuran keseluruhan aktiviti ekonomi, bukannya keuntungan individu atau syarikat tertentu.

Kadar Pertumbuhan GDP dan KDNK Menaik

Kenapa KDNK Sangat Penting?

Ringkasnya, memahami maksud KDNK (atau maksud GDP) penting sebab angka ini selalu jadi rujukan utama untuk melihat keadaan ekonomi sesebuah negara. KDNK bukan sekadar nombor dalam laporan, tapi gambaran besar tentang bagaimana ekonomi bergerak dalam kehidupan seharian kita.

1. Tahu Ekonomi Sedang Naik atau Perlahan

KDNK digunakan untuk lihat sama ada ekonomi sedang:

  • berkembang,
  • bergerak perlahan,
  • atau mula merosot.

Kalau KDNK meningkat, biasanya aktiviti ekonomi lebih rancak. Kalau KDNK jatuh, itu petanda ekonomi sedang perlahan dan boleh beri kesan kepada pekerjaan serta pendapatan.

2. Digunakan Kerajaan Untuk Buat Keputusan

Kerajaan guna data KDNK untuk tentukan langkah ekonomi.

Contohnya:

  • Jika ekonomi perlahan, kerajaan mungkin tambah perbelanjaan atau beri bantuan
  • Jika ekonomi terlalu laju, langkah kawalan mungkin dibuat untuk elak inflasi naik terlalu tinggi

Data KDNK juga sering dijadikan rujukan oleh bank pusat dalam menentukan hala tuju dasar monetari, termasuk keputusan berkaitan OPR atau kadar faedah.

Sebab itu KDNK penting dalam perancangan dasar negara.

3. Jadi Panduan Pelabur dan Trader

Untuk pelabur dan trader, data KDNK bagi bayangan awal tentang sentimen pasaran.

Ekonomi yang berkembang biasanya buat pelabur lebih yakin, manakala data yang lemah boleh buat pasaran jadi berhati-hati.

Tak hairanlah laporan GDP sering diperhatikan dalam dunia saham, Forex dan indeks.

4. Ada Kesan Pada Mata Wang & Pasaran Saham

KDNK juga ada kaitan dengan nilai mata wang.

Ekonomi yang sihat cenderung menarik pelabur luar, yang seterusnya boleh mengukuhkan mata wang tempatan.

Pasaran saham pula selalunya bergerak positif bila data KDNK lebih baik daripada jangkaan.

Macam Mana Pasaran Bertindak Balas Dengan Data KDNK?

Bila laporan GDP keluar lebih baik daripada jangkaan, pasaran biasanya jadi lebih optimis. Kalau angka lebih rendah, pasaran boleh jadi risau tentang hala tuju ekonomi.

Sebab itulah KDNK sentiasa antara data ekonomi paling ditunggu-tunggu setiap tahun.

Maksud GDP - Gross Domestic Product

Bagaimana Kadar Pertumbuhan KDNK Dikira?

Untuk memahami maksud KDNK dengan betul, kita perlu lihat bagaimana kadarnya dikira dan apa yang sebenarnya diukur. Selain nilai keseluruhan, apa yang lebih penting ialah kadar pertumbuhan KDNK (GDP growth rate), iaitu peratus perubahan KDNK berbanding tempoh sebelumnya.

Formula Asas Pertumbuhan KDNK

Kadar Pertumbuhan KDNK (%) = (KDNK Tahun Semasa − KDNK Tahun Lepas)÷ KDNK Tahun Lepas (KDNK Tahun Semasa − KDNK Tahun Lepas) ÷ KDNK Tahun Lepas (KDNK Tahun Semasa − KDNK Tahun Lepas) ÷ KDNK Tahun Lepas × 100

Contoh Pengiraan Growth Rate

Katakan:

  • KDNK tahun lepas: RM180 bilion
  • KDNK tahun semasa: RM200 bilion

Pengiraan:

(200−180) ÷ 180 (200 − 180) ÷ 180 (200−180) ÷ 180 × 100 = 11.1%

Ini bermaksud ekonomi negara tersebut berkembang sebanyak 11.1% berbanding tahun sebelumnya.

Apa Maksud Angka Pertumbuhan Ini?

  • Pertumbuhan positif bermaksud ekonomi berkembang
  • Pertumbuhan sifar bermaksud ekonomi stagnan
  • Pertumbuhan negatif bermaksud ekonomi menguncup

Dalam konteks KDNK, kadar pertumbuhan inilah yang sering dilaporkan dalam berita ekonomi kerana ia menunjukkan arah dan momentum ekonomi, bukan sekadar saiz.

Adakah Growth Rate Lebih Penting Daripada Nilai KDNK?

Nilai KDNK yang besar tidak semestinya baik jika:

  • Pertumbuhan semakin perlahan
  • Inflasi meningkat
  • Pendapatan rakyat tidak seiring

Sebab itu, penganalisis dan pelabur lebih fokus kepada kadar pertumbuhan GDP, berbanding angka mutlak semata-mata. Mari kita tengok perbezaan kedua istilah ini.

Nilai KDNK Menunjukkan Saiz Ekonomi

Nilai KDNK memberitahu:

  • Seberapa besar ekonomi sesebuah negara
  • Tahap kapasiti pengeluaran keseluruhan
  • Kedudukan relatif berbanding negara lain

Contohnya, ekonomi besar seperti Amerika Syarikat mempunyai nilai KDNK yang tinggi, walaupun kadar pertumbuhannya sederhana.

Growth Rate Menunjukkan Arah & Kelajuan Ekonomi

Kadar pertumbuhan KDNK pula lebih penting untuk:

  • Menilai sama ada ekonomi sedang berkembang atau merosot
  • Mengesan awal risiko kemelesetan
  • Menentukan hala tuju dasar monetari dan fiskal
  • Membaca sentimen pasaran kewangan

Itulah sebabnya laporan berita dan pasaran lebih menekankan kadar pertumbuhan GDP, bukan angka KDNK semata-mata.

Apa Itu GDP

Berapa Kadar KDNK Yang Dianggap Optimum Untuk Sesebuah Negara?

Ramai orang fikir lagi tinggi KDNK, lagi bagus ekonomi sesebuah negara. Hakikatnya, KDNK yang sihat bukan sekadar tinggi, tetapi stabil dan mampan.

Untuk negara membangun seperti Malaysia, kadar pertumbuhan KDNK sekitar 4% hingga 6% setahun biasanya dianggap optimum. Julat ini menunjukkan ekonomi berkembang tanpa tekanan berlebihan.

Jika KDNK Terlalu Rendah, Apa Maksudnya?

Apabila KDNK menunjukkan pertumbuhan terlalu rendah (contohnya bawah 2% atau negatif), ia biasanya menandakan:

  • Permintaan pengguna lemah
  • Pelaburan perniagaan berkurang
  • Risiko pengangguran meningkat
  • Ekonomi mungkin menuju kemelesetan

Jika KDNK mencatat pertumbuhan negatif untuk beberapa tempoh berturut-turut, keadaan ini sering dikaitkan dengan kemelesetan ekonomi, di mana aktiviti perniagaan dan perbelanjaan pengguna mula merosot.

Contoh jelas ialah ketika pandemik COVID-19, apabila maksud GDP Malaysia jatuh mendadak akibat sekatan ekonomi dan penutupan sektor utama.

Jika KDNK Terlalu Tinggi, Ada Masalah Juga Ke?

Ya. KDNK yang terlalu tinggi (contohnya melebihi 8%–9% secara berterusan) juga boleh membawa risiko:

  • Inflasi melonjak akibat permintaan berlebihan
  • Harga rumah dan aset naik terlalu cepat
  • Tekanan kos sara hidup kepada rakyat
  • Risiko “overheating economy”

Sebab itu, pertumbuhan sederhana tetapi konsisten lebih sihat berbanding lonjakan mendadak.

Data Pertumbuhan KDNK Malaysia (2019–2024)

Untuk memahami maksud KDNK dengan lebih mendalam, berikut ialah anggaran kadar pertumbuhan GDP Malaysia mengikut tahun:

TahunPertumbuhan KDNK (%)Gambaran Ekonomi
2019~4.4%Ekonomi stabil sebelum pandemik
2020~-5.5%Kejatuhan akibat COVID-19
2021~3.3%Pemulihan berperingkat
2022~8.7%Lonjakan pasca pandemik
2023~3.5%Normalisasi ekonomi
2024~5.1%Pertumbuhan sederhana & stabil
2025*~4.0–5.0% (unjuran)Anggaran jika tiada kejutan global

*Angka 2025 adalah unjuran dan boleh berubah bergantung kepada keadaan ekonomi global.

Jadual ini menunjukkan bagaimana GDP berubah mengikut kitaran ekonomi, krisis dan fasa pemulihan.

Apa Yang Boleh Kita Fahami Daripada Corak Ini?

Daripada sudut KDNK:

  • Pertumbuhan sederhana (4%–6%) = ekonomi sihat
  • Pertumbuhan terlalu rendah = risiko kemerosotan
  • Pertumbuhan terlalu tinggi = risiko inflasi

Inilah sebabnya kerajaan, bank pusat dan pasaran kewangan sentiasa memantau GDP sebagai penunjuk utama hala tuju ekonomi.

Maksud KDNK Malaysia

Kelemahan KDNK Yang Perlu Difahami

Walaupun KDNK penting, ia bukan ukuran sempurna:

  • Tidak mengukur jurang kekayaan
  • Tidak mengambil kira ekonomi tidak formal
  • Tidak menilai kesejahteraan rakyat secara langsung

Sebab itu, GDP perlu dilihat bersama indikator lain seperti inflasi dan kadar pengangguran.

Kesimpulan – Fahami Maksud KDNK

Kesimpulannya, maksud KDNK ialah petunjuk utama yang menunjukkan sejauh mana ekonomi sesebuah negara bergerak dan berkembang. Dengan memahami maksud GDP atau KDNK, pelabur dan trader boleh membaca arah ekonomi dengan lebih tepat.

Di Ultima Markets, data ekonomi seperti KDNK sering dijadikan rujukan penting dalam analisis pasaran global, membantu trader membuat keputusan yang lebih berinformasi dan strategik.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

Maksud KDNK & GDP: Angka Ini Tentukan Ekonomi Negara?
Apa Itu KDNK dan Maksud GDP Dalam Ekonomi?
Bagaimana KDNK Dikira?
Kenapa KDNK Sangat Penting?
Bagaimana Kadar Pertumbuhan KDNK Dikira?
Berapa Kadar KDNK Yang Dianggap Optimum Untuk Sesebuah Negara?
Data Pertumbuhan KDNK Malaysia (2019–2024)
Kelemahan KDNK Yang Perlu Difahami
Kesimpulan - Fahami Maksud KDNK